Pages

nk duit

Sunday 29 August 2010

Sifat sabar melambangkan keperibadian...


kesabaran biasanya diuji apabila seseorang itu ditimpa kesusahan seperti nahas, sakit, kematian, atau harta kesayangan hilang atau rosak.

Allah berfirman yang bermaksud: ."Sesungguhnya Kami akan menguji kamu sekalian dengan satu cubaan berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan tanam-tanaman. Berikanlah khabar gembira kepada orang yang bersabar iaitu ketika mereka ditimpa musibah mereka berkata: 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali.' Mereka orang yang mendapat kurnia , kehormatan dan rahmat Tuhan dan merekalah orang yang mendapat hidayah." (Surah al-Baqarah, ayat 155 hingga 157)

Allah menguji manusia dengan pelbagai jenis ujian. Mungkin sewaktu mereka mewah dan senang dan mungkin juga sewaktu melarat atau susah.

sesungguhnya...kita sebagai umat manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan...maka segeralah kita memohon keampunan daripada Allah yang maha Esa...setiap manusia mempunyai perasaan cemburu dan tidak puas hati...yang membawa kepada sifat marah dan menjunam kepada persengketaan...bila dah bersengketa...pecah belah lah dunia kita...jadi setiap ape yang diturunkan, kita patut hadapi dengan sabar dan sifat yang terbuka.banyak2kan berdoa...agar kita dapat tempuhi masalah yang datang dengan hati yang tenang dan fikiran yang waras....

jangan jadi seorang penerjun yang tiada payung (bunuh diri dari atas bangunan),jangan jdi perenang kalau x tahu berenang(terjun laut)...setiap dugaan yang diturunkan sebenarnya satu ujian yang mana untuk memastikan samada kita sebagai manusia ingat atau tidak akan Tuhan yang satu Allah yang esa...

oleh itu...sma2 kita tenangkan diri..tarik nafas dalam2 jika ada masalah yang dihadapi...biar apa org kata...yang penting, kita sahaja yang tahu ape yang patut kita lakukan...

~~~ AmyLia ~~~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails